Bahagian C : Soalan Esei Panjang
2004/09
(a)
Dengan menggunakan gambar rajah, bezakan antara perubahan kuantiti diminta
dengan perubahan permintaan. [4]
(b) Huraikan
tiga faktor yang menyebabkan berlakunya perubahan permintaan. [6]
2005/10
Dengan menggunakan gambar rajah, terangkan kesan
terhadap permintaan sesuatu barang sekiranya
(a) berlaku kemelesetan ekonomi dalam
negara, [5]
(b) cukai import dikurangkan terhadap
barang tersebut. [5]
2006/09
Dengan menggunakan gambar rajah, huraikan perubahan
yang berlaku pada keluk permintaan bagi kek apabila
(a) harga kek meningkat, [3]
(b)
tiba musim perayaan, [3]
(c)
cita rasa pengguna beralih kepada kuih tradisional. [4]
2007/09
Dengan menggunakan gambar rajah, terangkan kesan
terhadap harga dan kuantiti keseimbangan apabila
(a) pertambahan permintaan dan
pertambahan penawaran adalah sama besar, [5]
(b) pertambahan penawaran lebih besar
daripada pertambahan permintaan. [5]
2008/09
(a)
Dengan menggunakan gambar rajah, huraikan bagaimana keseimbangan pasaran
tercapai jika berlaku lebihan penawaran di pasaran. [3]
(b)
Barang X dan barang Y adalah barang penggenap. Dengan menggunakan
gambar rajah, jelaskan apa yang berlaku pada harga dan kuantiti keseimbangan
barang Y jika penawaran barang X meningkat. [7]
2009/09
(a) Apakah maksud permintaan
dan penawaran? [2]
(b) Dengan menggunakan gambar rajah, huraikan proses
keseimbangan di pasaran barang.
[8]
6
Bahagian D : Soalan Kuantitatif
2002/43
Fungsi permintaan dan penawaran barang X adalah
seperti yang berikut.
Qd = 80 – 2P
Qs = 3P
(a) Hitung
harga dan kuantiti keseimbangan pasaran barang X. [3]
(b) Sediakan
jadual yang menunjukkan kuantiti diminta dan kuantiti ditawarkan pada pelbagai
tingkat harga, RM40, RM35, RM20, RM10, dan RM5. [2]
(c) Jika
fungsi permintaan berubah menjadi 60 – 2P, hitung harga dan kuantiti
keseimbangan yang baru. [2]
(d) Berdasarkan
jawapan anda pada soalan (c), nyatakan apa yang terjadi kepada keluk
permintaan, tingkat harga, dan kuantiti keseimbangan.
[3]
2003/15
Persamaan penawaran dan permintaan barang X
masing-masing diberikan seperti yang berikut.
Px = 2+ 3Qx
Px = 14 – Qx
Dengan
Px = harga barang
X (RM)
Qx = kuantiti
barang X (unit)
(a)
Hitung harga dan kuantiti keseimbangan barang X. [2]
(b)
Sekiranya kerajaan mengenakan cukai sebanyak RM2.00 terhadap setiap unit barang
X,
(i) dapatkan
persamaan penawaran yang baru, [1]
(ii) hitung
harga dan kuantiti keseimbangan barang X selepas cukai dikenakan, [2]
(iii) hitung
lebihan pengguna sebelum dan selepas cukai dikenakan, dan [2]
(iv) nyatakan kesan yang timbul terhadap
lebihan pengguna. [1]
(c)
Dalam keadaan manakah pihak kerajaan perlu menaikkan kadar cukai? Berikan alas
an anda. [2]
2004/13
Persamaan permintaan bagi pasaran cakera padat ialah Qd = 60- 2P.
(a) Hitung kuantiti diminta pada
setiap tingkat harga yang berikut. [3]
Harga(RM)
|
30
|
25
|
20
|
15
|
10
|
5
|
(b) Dengan menggunakan kertas graf,
lukis permintaan berdasarkan jawapan anda
dalam (a) [3]
(c) Jika persamaan permintaan berubah
menjadi Qd = 80- 2P, lukiskan keluk permintaan yang baru pada graf yang
sama. [2]
(d) Nyatakan dua faktor yang
menyebabkan perubahan keluk permintaan tersebut.
[2]
7
2004/14
Persamaan penawaran bagi suatu barang adalah seperti
berikut.
Qs = P –
10
dengan Qs = kuantiti penawaran (unit)
P = harga barang (RM)
(a) Apakah yang dimaksudkan dengan
keanjalan penawaran harga? [1]
(b) Apabila harga barang itu naik
daripada RM40.00 kepada RM50.00 per unit, hitung keanjalan penawaran harga barang
berkenaan. Jelaskan. [3]
(c) Sekiranya kerajaan mengenakan
cukai sebanyak RM3.00 per unit, hitung
(i)
nilai keanjalan penawaran harga barang berkenaan apabila harga barang itu naik
daripada RM40.00 kepada RM50.00 per unit, [3]
(ii) bandingkan
keanjalan penawaran sebelum dan selepas cukai dikenakan. [1]
(d) Selain cukai kerajaan, nyatakan
dua faktor lain yang boleh menyebabkan berlakunya perubahan keluk penawaran
barang berkenaan. [2]
2005/13
Jadual di bawah menunjukkan permintaan dan penawaran
telefon bimbit.
Permintaan
|
Penawaran
|
||
Harga(RM)
|
Kuantiti(‘000 unit)
|
Harga(RM)
|
Kuantiti (‘000 unit)
|
500
300
100
|
10
20
30
|
600
400
200
|
35
25
15
|
(a) Dengan menggunakan kertas graf,
lukis keluk permintaan dan keluk penawaran bagi telefon bimbit. [3]
(b) Nyatakan harga dan kuantiti keseimbangan
bagi telefon bimbit. [2]
(c) Jika pada setiap harga pasaran,
kuantiti yang diminta telah meningkat sebanyak 5 ribu unit manakala keluk
penawaran tidak berubah,
(i) pada
graf yang sama, lukis keluk permintaan telefon bimbit yang baru,
(ii) tentukan
harga dan kuantiti keseimbangan telefon bimbit yang baru.
[3]
(d) Hitung
keanjalan permintaan harga bagi telefon bimbit jika harganya berubah daripada
RM500.00 kepada RM300.00. [2]
No comments:
Post a Comment